Pembelian terbaharu Rodgers: Tello dan Sahin?
 |
Cristian Tello |
Bos
Liverpool, Brendan Rodgers telah meningkatkan usahanya untuk membawa masuk
pembelian ketiganya iaitu Cristian Tello daripada Barcelona. Pemain belia
antarabangsa Sepanyol berusia 21 tahun itu berada pada tahun terakhir kontraknya
dan telah disasarkan oleh beberapa kelab
termasuk Valencia dan Benfica. Rodgers
 |
Nuri Sahin |
mungkin terpaksa membayar sekitar 7 juta pound untuk mendapatkan pemain sayap
itu dan membelanjakan lebih dari 30 juta pound berikutan ketibaan Fabio Borini
dan Joe Allen. Tetapi difahamkan bos Kop
itu lebih berminat dalam perjanjian
pinjaman sepanjang musim dengan pilihan untuk kontrak kekal. Arsenal yang juga
dipercayai mengikuti keadaan Tello, dengan pemain muda itu yang gagal mendapat
tempat di kesebelasahan utama di Nou Camp sejak keluar akademi kelab itu.
Liverpool juga akan bersaing dengan Arsenal untuk pemain tengah Real Madrid
Nuri Sahin dengan Reds memanfaatkan hubungan yang baik antara Rodgers dengan
bekas bos Chelsea, Jose Mourinho