Hidup

Hidup? Apa erti nya hidup? Tujuan kita hidup? Kalau tanya pada aku pun tak kan dapat jawapan yang tepat. Banyak jawapan dan definisi mengikut pada orang yang kita tanyakan. Hidup atau kehidupan ni bagi sesetengah orang ada yang indah dan tak kurang juga yang buruk dan pahit bagi sesetengah orang. Semua ada pendapat masing masing. Ada yang melalui hidupnya dengan keindahan. Ada yang hidupnya diselubungi kedukaan.

Sebenarnya hidup ini susah dan sukar. Banyak yang perlu kita pertanggungjawabkan. Hari ini mungkin kita melalui hidup kita dengan tenang dan gembira. Akan tetapi esok hari belum tentu lagi sedemikian. Kalau kita hidup dengan keceriaan selalu, kita hendak lah bersyukur. Kerana ada insan lain yang nasib sebaliknya. Jangan pula kita menghina dan memandang rendah pada mereka. Kalau boleh dibantu, bantu lah mereka.

Sentiasalah kita bersyukur pada Nya selalu. Hidup kita hanya sementara dan singkat saja waktunya. Sentiasa beringat bahawa HIDUP TAK SELALU INDAH. Andai hari ini kita aniaya orng lain, ingat lah akan tiba harinya kita pula diperlakukan sedikian kian rupa. Akan tiba masa nya kita pula di balas walaupun bukan dari orang yang kita aniaya tadi.