Hidup? Apa erti nya hidup? Tujuan kita hidup? Kalau tanya pada aku pun tak kan dapat jawapan yang tepat. Banyak jawapan dan definisi mengikut pada orang yang kita tanyakan. Hidup atau kehidupan ni bagi sesetengah orang ada yang indah dan tak kurang juga yang buruk dan pahit bagi sesetengah orang. Semua ada pendapat masing masing. Ada yang melalui hidupnya dengan keindahan. Ada yang hidupnya diselubungi kedukaan.
Sebenarnya hidup ini susah dan sukar. Banyak yang perlu kita pertanggungjawabkan. Hari ini mungkin kita melalui hidup kita dengan tenang dan gembira. Akan tetapi esok hari belum tentu lagi sedemikian. Kalau kita hidup dengan keceriaan selalu, kita hendak lah bersyukur. Kerana ada insan lain yang nasib sebaliknya. Jangan pula kita menghina dan memandang rendah pada mereka. Kalau boleh dibantu, bantu lah mereka.
Sentiasalah kita bersyukur pada Nya selalu. Hidup kita hanya sementara dan singkat saja waktunya. Sentiasa beringat bahawa HIDUP TAK SELALU INDAH. Andai hari ini kita aniaya orng lain, ingat lah akan tiba harinya kita pula diperlakukan sedikian kian rupa. Akan tiba masa nya kita pula di balas walaupun bukan dari orang yang kita aniaya tadi.
Apa pe jer lah................
Sekadar berkongsi maklumat antara kita.
Penumpang bas cedera parah brek cakera terpelanting
Dipetik dari Utusan Online.
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Seorang penumpang bas cedera parah selepas brek cakera kenderaan itu yang seberat kira-kira dua kilogram tiba-tiba terpelanting lalu menembusi lantai sebelum mengenai paha kanannya di Jalan Kepong di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Ahmad Ali Fatehurrozi, 20-an, duduk di bahagian belakang bas dan dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh bersama seorang rakan.
Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sentul, Izzar Kadir berkata, bas tersebut dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Kuala Selangor dan kejadian itu berlaku ketika kenderaan itu mahu berhenti mengambil penumpang berhampiran Balai Polis Kepong.
Pihak kami menerima panggilan pada pukul 8.45 pagi dan menghantar empat anggota ke tempat kejadian.
Setibanya di tempat kejadian, anggota JPAM memberikan rawatan kepada mangsa yang telah dibawa turun daripada bas oleh orang ramai sebelum menghantarnya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Izzar, beliau difahamkan, brek cakera itu terpelanting sehingga ke bumbung bas selepas mengenai kaki mangsa tetapi mujur tiada penumpang lain yang tercedera dalam kejadian tersebut. - UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pembelian terbaharu Rodgers: Tello dan Sahin?
![]() |
Cristian Tello |
![]() |
Nuri Sahin |
Daniel Agger ingin kekal di Anfield
Adakah benar Liverpool akan kehilangan pemain pertahanannya
Daniel Agger? Diharapkan Liverpool tidak akan menjual pemain penting ini.Daniel
Agger telah memberitahu Liverpool bahawa dia mahu kekal dengan kelab
tersebut walaupun mendapat perhatian
dari Manchester City.
Pemain pertahanan Denmark itu tertakluk pada dua bida daripada
juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City tetapi ditolak oleh Liverpool. Beliau juga menarik minat dari kelab
Sepanyol,Barcelona.
Pengurus, Brendan Rodgers menyatakan keinginan untuk
menyimpan pemain berusia 27 tahun itu tetapi mengakui setiap pemain mempunyai harga
mereka, walaupun sebagai pemain penting
seperti Agger.
Walau bagaimanapun ketika bercakap kepada salah satu akhbar
terkemuka negara itu, pemain itu menegaskan dia belum diberitahu tentang minat dari Etihad. Agger, yang yang mempunyai tugas
antarabangsa bersama Denmark menjelang perlawanan persahabatan menentang
Slovenia, memberitahu Politiken: 'Saya tidak diberitahu apa-apa oleh kelab
berkenaan pemindahan. Bukan saya untuk mengadili sama ada ia pelik atau tidak.
Hanya kelab yang boleh memutuskan bahawa ia perlu. Saya tidak dapat berbuat
apa-apa.
'Tempoh ini berlaku setiap tahun, tetapi saya mendiamkan
diri dengan senyuman. Tidak ada apa-apa dari kelab setakat ini, tidak ada
alasan bagi saya untuk bimbang. Saya tahu ada sesuatu dari Manchester City,
tetapi saya tidak tahu apa yang Liverpool fikirkan
'Saya tidak kisah dengan situasi saya. Kelab itu mesti
mengetahui apa yang mereka mahu. Saya tidak mendengar apa-apa dari mereka. Saya
lebih suka berada di sini, tetapi ia bukan saya yang mempunyai keputusan pada
masa ini.
'Liverpool boleh membuat pemindahan itu, walaupun kontrak
saya masih berbaki dua tahun. Tetapi tidak, saya tidak mengubah akan fikiran saya
mengenai subjek ini apabila saya berkata saya tidak akan bermain untuk kelab
Inggeris selain daripada Liverpool, tetapi kadang-kadang anda berada dalam
situasi di mana ianya bukan lah keputusan anda. 'Saya tidak akan tinggal di tempat
yang mana saya tidak dikehendaki, tetapi saya lebih suka berada di sini. Ini
adalah keutamaan saya. '
Agger, yang terkenal kerana seni badan boros(tatu) beliau,
seolah-olah memberi isyarat niat untuk kekal pada Merseyside minggu lalu
apabila dia muncul di pangkalan latihan Melwood dengan tatu yang baru; huruf
YNWA (moto Liverpool) pada jari tangan kanannya.
Membincangkan tanda-tanda yang terakhir, beliau menambah:
'Ia tidak ada kena-mengena dengan keadaan semasa saya. Ia adalah satu isyarat
ke arah Kop, ke arah Liverpool dan ke arah orang-orang di sekeliling kelab itu.
'
Filem James Bond terbaharu
Skyfall | |
---|---|
Directed by | Sam Mendes |
Produced by | Michael G. Wilson Barbara Broccoli |
Screenplay by | John Logan Neal Purvis Robert Wade |
Based on | James Bond by Ian Fleming |
Starring | Daniel Craig Javier Bardem Judi Dench Ralph Fiennes Albert Finney Naomie Harris Bérénice Marlohe |
Music by | Thomas Newman |
Cinematography | Roger Deakins |
Editing by | Stuart Baird |
Studio | Eon Productions Danjaq LLC |
Distributed by | Metro-Goldwyn-Mayer Columbia Pictures |
Release date(s) |
|
Country | United Kingdom |
Language | English |
Budget | $150 million |
Awas-jenayah menghampiri kita
Artikel ini wajib dibaca
semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!
Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.
"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Nasi Ayam di Rasamas

Langgan:
Catatan (Atom)