Filem James Bond terbaharu

Aku dah lama ternanti nanti filem sekuel James Bond terkini bertajuk Skyfall. Dari tahun lepas lagi semenjak di war war kan memang aku excited sangat bila dengar yang filem ini sedang menjalani penggambaran pada tahun lepas. Filem ini dikhabarkan telah siap sepenuhnya dan bakal ditayangkan pada bulan November ini di Amerika Syarikat. Aku tak pasti bila pula tarikh tayangan di Malaysia. Mungkin serentak dengan di US tu. Watak James Bond masih didukung oleh Daniel Craig. Manakala watak M masih lagi dipegang oleh Judi Dench. Dalam filem ke 23 James Bond ini kesetiaan James Bond kepada M dicabar oleh rahsia silam Bond. Apabila MI6 diserang, ia terletak pada Bond untuk mencari dan menghapuskan ancaman tanpa mengira kos terhadap dirinya sendiri.Nampak nya filem ni bakal ditayangkan di Malaysia 5 bulan dari sekarang. Harap aku dipanjangkan usia dan ada hayat ku lagi pada ketika itu...insyaAllah.
Skyfall


Directed bySam Mendes
Produced byMichael G. Wilson
Barbara Broccoli
Screenplay byJohn Logan
Neal Purvis
Robert Wade
Based onJames Bond by
Ian Fleming
StarringDaniel Craig
Javier Bardem
Judi Dench
Ralph Fiennes
Albert Finney
Naomie Harris
Bérénice Marlohe
Music byThomas Newman
CinematographyRoger Deakins
Editing byStuart Baird
StudioEon Productions
Danjaq LLC
Distributed byMetro-Goldwyn-Mayer
Columbia Pictures
Release date(s)
  • 26 October 2012(London, premiere)
CountryUnited Kingdom
LanguageEnglish
Budget$150 million