Filem James Bond terbaharu

Aku dah lama ternanti nanti filem sekuel James Bond terkini bertajuk Skyfall. Dari tahun lepas lagi semenjak di war war kan memang aku excited sangat bila dengar yang filem ini sedang menjalani penggambaran pada tahun lepas. Filem ini dikhabarkan telah siap sepenuhnya dan bakal ditayangkan pada bulan November ini di Amerika Syarikat. Aku tak pasti bila pula tarikh tayangan di Malaysia. Mungkin serentak dengan di US tu. Watak James Bond masih didukung oleh Daniel Craig. Manakala watak M masih lagi dipegang oleh Judi Dench. Dalam filem ke 23 James Bond ini kesetiaan James Bond kepada M dicabar oleh rahsia silam Bond. Apabila MI6 diserang, ia terletak pada Bond untuk mencari dan menghapuskan ancaman tanpa mengira kos terhadap dirinya sendiri.Nampak nya filem ni bakal ditayangkan di Malaysia 5 bulan dari sekarang. Harap aku dipanjangkan usia dan ada hayat ku lagi pada ketika itu...insyaAllah.
Skyfall


Directed bySam Mendes
Produced byMichael G. Wilson
Barbara Broccoli
Screenplay byJohn Logan
Neal Purvis
Robert Wade
Based onJames Bond by
Ian Fleming
StarringDaniel Craig
Javier Bardem
Judi Dench
Ralph Fiennes
Albert Finney
Naomie Harris
Bérénice Marlohe
Music byThomas Newman
CinematographyRoger Deakins
Editing byStuart Baird
StudioEon Productions
Danjaq LLC
Distributed byMetro-Goldwyn-Mayer
Columbia Pictures
Release date(s)
  • 26 October 2012(London, premiere)
CountryUnited Kingdom
LanguageEnglish
Budget$150 million

Awas-jenayah menghampiri kita


Artikel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!

Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Nasi Ayam di Rasamas




Dah lama rasanya aku tak makan nasi ayam di Rasamas. Nasi ayam ni sedap kalau dimakan dengan ayam percik. Lagi sedap kalau ada tofu jepun dan tofu goreng ranggup. Tak terkata sedapnya. Entah kenapa hari ini aku teringat nak makan nasi ayam Rasamas lak. Mungkin sebab dah lama tak makan kot. Nasi ayam kat kedai biasa tak sama dengan nasi ayam Rasamas ini. Tapi ini pada tekak aku lah. Pada selera korang, aku tak tahu lah. Mungkin korang suka atau mungkin korang tak suka. Tak lama lagi kita nak berpuasa dah. Jadi aku harap sangatlah  sebelum bulan Ramadan yang bakal tiba tak berapa lama lagi,dapat lah kira nya aku peluang dan kelapangan untuk menjamah nasi ayam ini. Bukan apa nanti kempunan lak. Atau pun asyik teringat je di bulan Ramadan nanti.Awek aku paling suka makan nasi ayamas ni.Rindu nak makan nasi ni bersama nya. Dia sorang jer pun boleh habiskan 1 pinggan tofu jepun ni. Dia pun sama macam aku gak, kuat makan he..he. Kiranya antara kita ni memang banyak persamaan. Gambar yang paling bawah ini gambar tofu jepun. Memang sedap tofu jepun ini. Gambar yang kedua dari atas tu adalah gambar tofu goreng ranggup. Ini pun sedap.Manakala gambar yang paling atas tu adalah nasi ayam dan ayam percik.

Akhirnya England tewas


Akhirnya perjuangan England di Euro 2012 menemui titik noktahnya setelah mereka ditewaskan oleh Itali melalui sepakan penalti setelah kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga 90 minit perlawanan.Begitu juga dengan masa tambahan tanpa gol dari kedua dua pasukan. Apapun persembahan England masih boleh dipuji cuma nasib yang tidak menyebelahi mereka. Kedua dua Ashley iaitu Ashley Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan tendangan mereka. Tendangan Young mengena palang gol manakala tendangan Cole berjaya diselamatkan oleh penjaga gol veteran Itali,Gianluigi Buffon.Tiada apalagi yang boleh dikatakan oleh kapten England dan Liverpool, Steven Gerrard selain dari berduka.Kejohanan Euro ini adalah kejohanan terakhir bagi Gerrard yang semakin berusia. Apapun pujian harus diberikan kepada skuad England ini yang pada mulanya aku sendiri pun tidak memberi harapan yang mereka akan sampai ke suku akhir. Bertambah bangga bila 5 pemain Liverpool berada dalam skuad England kali ini walaupun mereka menamatkan liga di tempat ketujuh. Sedangkan kelab kelab yang berada di kedudukan teratas dari Liverpool kebanyakannya menggunakan pemain luar. 

Kerana laman sosial ada yang membunuh dan terbunuh


Kerana FB pelajaran seseorang pelajar boleh terganggu.
Kerana FB kita biasa dengar orang putus tunang atau putus cinta.
Kerana FB kita biasa dengar suami isteri menghadapi krisis sesama mereka.
Kerana FB ada rumah tangga yang terabai.
Kerana FB ada rumah tangga yang hancur.
Kerana FB ada anak anak yang menjadi mangsa dari perceraian ibubapanya.
Kerana FB ada yang tak bertegur sapa.
Kerana FB ada yang sudah sampai ke tahap membunuh.Selalu kita dengar di luar negara sahaja. Tapi sekarang ianya dah berlaku di sini, di Malaysia ini.Bijaksana lah dalam menggunakan kemudahan di laman sosial ini. Andai di salahgunakan padah yang menimpa dan banyak jiwa yang merana.Tidak perlulah kita berbangga punyai ramai kawan di laman sosial kerana sesungguh nya mereka bukan lah teman sejati kita yang sanggup bersusah payah demi kita. Kawan yang baik adalah kawan yang sanggup berkorban untuk kita.Yang sanggup susah senang bersama kita. Bukan nya kawan yang kita hanya nampak sekadar di skrin komputer kita.Hargailah orang yang rapat dan mengambil berat diri anda. Jangan lah kerana teman fb anda, sanggup anda buang teman yang rapat dan banyak berjasa pada anda.Adakah mereka sanggup bersusah demi anda? Renung renungkan lah................

Putu Jawa


Pada minggu lepas aku ada lah melepak dengan kawan kawan aku. Banyak lah topic yang kami sembangkan. Tapi entah macam mana terkeluar lah topic pasal kuih ini. Ni nama nya putu jawa. Ada juga yang panggil kuih sagon. Tapi aku rasa kuih sagon tu lain dari kuih ini. Entah lah, aku bukan arif pun pasal kuih kuih ni. Ni aku nak cerita lah sikit, dulu masa nak sambut raya mak aku mesti buat kuih ni. Kiranya kuih wajib lah bagi mak aku ni. Masa tu dah lama lah dan aku pun tak ingat bila. Masa tu bukan macam sekarang. Sekarang kuih raya main beli je. Itu sebab susah nak jumpa kuih ini. Dulu orang  sambut raya dengan kuih raya yang dibuat sendiri. Banyak kuih yang dah pupus dan diganti dengan kuih moden. Yang paling banyak pupus ialah kuih ‘buat sendiri’. Sebabnya diganti oleh ‘kuih beli’ ha.ha. Betul tak? Aku melawak je. Cuma aku berharap pada raya kali ini dapat lah merasa kuih ini kalau ada rumah yang aku tuju nanti menyediakan kuih ini. Bahan bahan kuih ni korang jangan tanya aku lah sebab aku ini bukan chef. Ada baik korang tanya chef Wan.Ha.ha. Rasa kuih ini tak lah manis dan tak lah tawar. Kira nya sedang sedang je. Tapi banyak serbuk kalau kuih ini hancur. Serbuk pun sedap juga.Pada yang tak pernah tengok kuih ini,ada gambar nya tapi gambar ini aku ambil dari laman web. Mana nak cari kuih ini dah untuk diambil gambarnya. Korang tengok lah. Mungkin korang tak pernah tengok.

Mee Rebus Mastan Ghani








Luc Castaignos


                                                                                                                                                              Ini berita yang aku pun baru tahu mengenai perkembangan kelab bolasepak Liverpool. Khabarnya bos baru Liverpool cuba untuk mendapatkan pemain muda Inter Milan iaitu Luc Castaignos. Siapa dia ni aku pun tak tahu sebab tak banyak yang kita dengar mengenai pemain ini. Cuma yang kita tahu dia berasal dari Belanda dan dikhabarkan mempunyai corak permainan mirip kepada legenda Arsenal, Thierry Henry. Lagi pun usianya masih muda dan tak rugi pun kalau Liverpool membelinya.  Apa pun korang baca lah .                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Liverpool dan Everton sedang berusaha untuk mendapatkan penyerang remaja Inter Milan, Luc Castaignos.Kelab gergasi Itali itu bersedia untuk melepaskan penyerang muda Belanda, yang bergelut untuk mendapatkan tempat di Inter Milan sejak menyertai mereka dari Feyenoord pada musim panas lalu.Disamping kelab Serie A itu mahu menjual pemain berusia 19 tahun itu, mereka juga mempertimbangkan satu langkah pinjaman sepanjang musim, yang menarik minat bos Liverpool, Brendan Rodgers dan rakan sejawatannya dari Everton,David Moyes. Castaignos, yang digelar Thierry Henry baru, telah menggalakkan kedua-dua pengurus itu dengan mendakwa bahawa beliau mahu meninggalkan Itali jika dia tidak boleh bermain untuk Inter Milan.
Newcastle dan West Ham juga sedang mengikuti perkembangan pemain skuad bawah 19 tahun Belanda itu yang pernah berkata: "Di Itali, saya hanya mahu bermain untuk Inter, tetapi itu tidak mungkin kini. "Kelab mahu meminjamkan saya kepada kelab Itali lain, tetapi ia adalah satu langkah yang saya tidak akan tertarik dengan langkah ini.
                                                                                                                                                                                      "Kita telah memutuskan bahawa saya akan dijual. "Saya berasa kesal tidak dapat menunjukkan kualiti saya dan saya sedih. Tetapi bola sepak adalah seperti itu dan kelab ini dan saya telah membuat keputusan ini bersama-sama."


Sumber: Daily Mirror

Memilih pasangan hidup

                                               (gambar hanya hiasan )
1. Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama 2 tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

2. Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang lain seperti ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

3. Kebanyakan kes rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

5. Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda.

Di sebalik tapak tangan kita

Macam ini rupanya tapak tangan kita kalau di buka kulit nya. Sungguh hebat ciptaan Allah sehingga kan kejuruteraan manusia pun tak mampu untuk meniru ciptaanNya ini. Subhanallah.... Itu baru di tapak tangan. Bayangkan lah di seluruh pelusuk tubuh kita ini. Tentu berselirat dengan urat2 dan bermacam lagi lah yang tak pernah kita terfikir kan

Legenda dan bakal legenda?

Yang gambar sebelah ni tentu korang kenal kan dua dua ini.Datang dari negara yang sama iaitu Argentina dan keduanya juga memakai nombor jersi yang sama iaitu nombor 10. Antara kedua ni siapa yang lebih hebat. Yang pasti nya mereka berdua ini tak lah besar sangat saiz dorang. Lebih kurang saiz orang kita juga. Tapi mereka boleh bergelar antara pemain terhebat dalam dunia bolasepak.

Demam UERO 2012

Ini apa kes lak brader? Ha..ha..ini dah kira taksub sangat pada bolasepak. Sampai cam ni sekali. Memang die hard fan ni he..he.

Petua..............

Petua ini untuk sesiapa yang ingin mengelakkan atau mengurangkan jerawat. Kadang kadang parut jerawat seperti ini boleh menghakis keyakinan diri sesetengah orang. Mungkin dah bermacam macam produk yang mereka cuba. Apa kata kalau mereka cuba pula petua ini. Tapi dah nama pun petua kan? Jadi tentu ada yang sesuai dan berkesan pada seseorang tu. Lagi pun tak salah pun kalau kita mencuba. Ok....selamat mencuba

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi.

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .

Santai jap di petang hari....

Musim buah sudah tiba. Selalu kita akan terdengar si penjual buah akan berteriak 'dulian..dulian..mali mali beli dulian..mulah mulah'. Tembikai pun best gak di kala cuaca yang membahang panas nya sekarang ini. Semua ni terpulang pada anda. Kalau aku lebih suka durian. Tempoyak durian pn ok gak. Aiskrim durian pun ok. Janji durian. Yang gambar sebelah ni hanya untuk gurauan je. So jangan lah ambil serius. Cuma untuk santai di petang petang camni selepas penat seharian bekerja.

Pernah tengok atau makan tak?

Korang pernah tengok tak? Makan? owhhhh tak pernah erk? Ini lah yang dinamakan Jeruk Petai. Selain dari dibakar petai ni boleh juga di buat jeruk. Lagi sedap kalau dimakan dengan sambal belacan. Selalu kalau sambal tumis udang atau ikan bilis kita bubuh petai, apa kata kalau kita try buat jeruk lak. Cuba lah..........................

Prometheus....


Aku nak ceritakan sikit lah pasal filem ini. Filem ini adalah arahan Ridley Scott. Dia ni banyak arahkan filem filem yang bermutu. Antara nya seperti The Gladiator, Kingdom of Heaven, Black Hawk Down dll. Setelah lama dia tidak mengarahkan filem bergenre sains fiksyen kini dia kembali dengan filem ini. Tentu kita tak pernah lupa pada filem filem Alien dia kan? Rupanya sentuhan nya pada filem sains fiksyen tidak pernah luntur. Filem ini punya kekuatan sendiri . Kira nya tak rugi lah andai menonton nya di pawagam. So, aku cadangkan korang tengok lah. Bukan pe dah banyak sangat kita tengok cerita    komedi dan hantu kan? Apa kata tukar lak kepada filem sains fiksyen macam ni. Selamat menonton....   SINOPSIS : Satu pasukan peneroka menemui satu petunjuk kepada asal-usul manusia di bumi, membawa mereka ke dalam satu perjalanan ke sudut-sudut gelap alam semesta. Di sana, mereka mesti berjuang dalam pertempuran yang menakutkan untuk menyelamatkan masa depan umat manusia.