Akhirnya England tewas


Akhirnya perjuangan England di Euro 2012 menemui titik noktahnya setelah mereka ditewaskan oleh Itali melalui sepakan penalti setelah kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga 90 minit perlawanan.Begitu juga dengan masa tambahan tanpa gol dari kedua dua pasukan. Apapun persembahan England masih boleh dipuji cuma nasib yang tidak menyebelahi mereka. Kedua dua Ashley iaitu Ashley Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan tendangan mereka. Tendangan Young mengena palang gol manakala tendangan Cole berjaya diselamatkan oleh penjaga gol veteran Itali,Gianluigi Buffon.Tiada apalagi yang boleh dikatakan oleh kapten England dan Liverpool, Steven Gerrard selain dari berduka.Kejohanan Euro ini adalah kejohanan terakhir bagi Gerrard yang semakin berusia. Apapun pujian harus diberikan kepada skuad England ini yang pada mulanya aku sendiri pun tidak memberi harapan yang mereka akan sampai ke suku akhir. Bertambah bangga bila 5 pemain Liverpool berada dalam skuad England kali ini walaupun mereka menamatkan liga di tempat ketujuh. Sedangkan kelab kelab yang berada di kedudukan teratas dari Liverpool kebanyakannya menggunakan pemain luar.