Petua..............

Petua ini untuk sesiapa yang ingin mengelakkan atau mengurangkan jerawat. Kadang kadang parut jerawat seperti ini boleh menghakis keyakinan diri sesetengah orang. Mungkin dah bermacam macam produk yang mereka cuba. Apa kata kalau mereka cuba pula petua ini. Tapi dah nama pun petua kan? Jadi tentu ada yang sesuai dan berkesan pada seseorang tu. Lagi pun tak salah pun kalau kita mencuba. Ok....selamat mencuba

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi.

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .